LABUR RM100 JUTA NAIK TARAF PUSAT DATA BERTARAF DUNIA

Heitech Managed Services, syarikat penyedia pengurusan data terunggul negara bersedia untuk terus menjadi peneraju dalam menyediakan perkhidmatan infrastruktur dan pengurusan teknologi secara menyeluruh yang bertaraf dunia. Bagi tujuan itu, ia telah membuat pelaburan mencecah 100 juta ringgit dalam tempoh 10 tahun ini khusus bagi kerja-kerja naik taraf pusat data-nya di Perkampungan Hei-Tech Village 2 di Shah Alam.


INDUSTRI TEKNOLOGI YANG KOMPETITIF JADI CABARAN

Pelaburan dalam modal insan adalah antara keutamaan bagi syarikat pengurusan data tempatan, Heitech Managed Services Sdn Bhd bagi memastikan setiap pekerjanya dilengkapi kemahiran yang diperlukan dalam industri teknologi. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Halim Md. Lassim berkata syarikatnya memperuntukkan perbelanjaan antara 2 hingga 3 juta ringgit setiap tahun dalam menyediakan kursus dan program kepada pekerja.

Search

fidodesign.net - Malaysia Freelance Web DesignerWebsite by : Malaysia Freelance Web Designer - fidodesign.net