Inisiatif Digital Langkawi Bakal Terajui Pembangunan Ekonomi Digital Di Kedah

ALOR SETAR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) buat pertama kalinya akan menganjurkan pameran Inisiatif Digital Langkawi, dengan kerjasama dari Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

 

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi, dan Sumber Tenaga Manusia Negeri Kedah, Dato’ Norsabrina Mohd Noor berkata, pameran tersebut bakal diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi, Kedah pada 19 dan 20 Ogos akan datang.

 

Inisiatif tersebut bertujuan bagi mempromosikan penggunaan aplikasi teknologi maklumat terkini selain memperkukuhkan jaringan perkhidmatan jalur lebar di Pulau Langkawi dan Kedah khususnya.

 

“Kerajaan Negeri Kedah akan terus berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan rakyat negeri Kedah untuk menggunakan segala kemudahan dan infrastruktur ICT yang telah kita laburkan untuk membangunkan ekonomi digital di negeri Kedah.

 

“Kita telah menyusun pelbagai program semasa penganjuran Digitial Langkawi ini termasuklah Pameran “Internet of Things”, Pembentangan Produk & Inovasi ICT, Pocket Talks dan Program E-Rezeki selain pengenalan aplikasi digital yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) khusus untuk Pulau Langkawi” katanya.

 

Pendedahan itu juga bertujuan bagi  peluang para kepada pengunjung untuk mendapatkan peranti digital terkini dengan harga terendah di Juala “Gadget Rush’.

 

Selain itu, pengunjung bakal menikmati dan beramah mesra dengan selebriti terkenal seperti  Mok Cun pada Sabtu, 19 Ogos 2017 dan Fizo Omar pada Ahad, 20 Ogos 2017.

 

Tambahnya, para pengunjung akan turut disajikan dengan pelancaran Program Rintis Penerimaan Kad MyDebit di Sekolah-Sekolah Menengah di 5 daerah di Malaysia termasuk Langkawi yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) dan juga aplikasi perbankan mudah alih pengguna dari Bank Muamalat Malaysia Berhad.

 

Difahamkan bahawa pameran tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ditemani oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

 

Pameran tersebut dijangka akan disertai oleh  50 pempamer dari 4 kluster utama seperti Perkhidmatan & Inovasi, Pendidikan & Penyelidikan, Kerajaan & Kepenggunaan.

 

Antara nama besar lain yang akan turut terlibat adalah MDEC, Bank Negara Malaysia, Bank Muamalat (M) Bhd, NAZA Communications Sdn. Bhd, UNIKL, Heitech Padu Bhd, CyberSecurity Malaysia, Telekom Malaysia (TM), Huawei Technologies, Maxis, Celcom dan Digi.

– Kedahnews.com

http://www.kedahnews.com/2017/08/inisiatif-digital-langkawi-bakal.html

Langkawi
Search

fidodesign.net - Malaysia Freelance Web DesignerWebsite by : Malaysia Freelance Web Designer - fidodesign.net