HeiTech Padu raih Anugerah Inovasi Tahunan Cyber Security

Berita Harian

Ahad, 7 Oktober 2018 | 6:37pm

KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Berhad (HeiTech) berjaya meraih anugerah berprestij Inovasi Tahunan Cyber Security untuk inovasi terknologi dalam perkhidmatan sekuriti terurus terbaharunya Secure-X pada Persidangan Cyber Security Malaysia-Awards, Conference & Exhibition kali ke-10 (CSM-ACE 2018), baru-baru ini.

Dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia, anugerah ini merupakan pengiktirafan atas inovasi, komitmen, kepimpinan industri serta sumbangan yang diberikan oleh pemain ICT dalam keselamatan siber.

TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith menyampaikan anugerah kepada Naib Presiden Eksekutif HeiTech, Abdul Halim Md Lassim (dua dari kanan) pada CSM-ACE 2018, baru-baru ini.

Anugerah disampaikan oleh Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Eddin Syazlee Shith kepada Naib Presiden Eksekutif HeiTech, Abdul Halim Md Lassim.

Abdul Halim berkata, HeiTech berbesar hati menerima pengiktirafan ini dan akan terus komited untuk membantu merubah Malaysia ke arah ekonomi digital dalam pelbagai bidang seperti sektor pembuatan, perkhidmatan dan minyak dan gas.

“Sektor-sektor tersebut membuat pelaburan besar untuk mendapatkan penyelesaian keselamatan siber yang boleh diharap untuk menjana produktiviti.

“Teknologi dan penyelesaian Secure-X yang diperkenalkan di CSM-ACE 2018 akan membantu industri mengubah operasi mereka dan mendapatkan manfaat transformasi digital yang membawa kepada peningkatan keselamatan siber dan perniagaan.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada pelanggan kami iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang telah memenangi anugerah Projek Tahunan Cyber Security yang merupakan pengiktirafan atas usaha mereka dalam merealisasikan transformasi digital SSM.

“Tumpuan SSM adalah untuk mendapatkan penyelesaian keselamatan menyeluruh yang mampu menyokong operasi, pencegahan dan perkhidmatan pemulihan. Kami merasa terharu kerana diberi peluang untuk turut sama menyumbang kepada kejayaan mereka. Ini adalah bukti komitmen kami kepada pelanggan,” katanya.

HeiTech menyediakan perkhidmatan Secure-X untuk Projek Perkhidmatan Infrastruktur Keselamatan Bersepadu SSM sebagai sebahagian daripada Program Transformasi SSM. SSM kini sedang giat melaksanakan Transformasi Organisasi sejajar visi baharu “Untuk Menjadi Pendaftar dan Pengawal Selia Korporat Terulung”.

Abdul Halim berkata, Secure-X menyediakan penyelesaian keselamatan siber moden dan perkhidmatan terurus kepada organisasi di Malaysia untuk agensi kerajaan dan swasta dalam mencapai matlamat transformasi digital mereka dengan menawarkan nilai dari teknologi rangkaian hari ini di tengah-tengah persekitaran yang semakin kompleks.

Search

fidodesign.net - Malaysia Freelance Web DesignerWebsite by : Malaysia Freelance Web Designer - fidodesign.net